Pengenalan Kepada Pengubah
Transformer (pengubah) adalah alat yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan voltan AU. Terdapat dua jenis transformer iaitu transformer injak naik dan transformer injak turun. Transformer injak naik adalah untuk meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke sistem Rangkaian Grid Nasional untuk diturunkan semula melalui transformer injak turun kepada voltan yang lebih rendah untuk diagihkan.